Di antara 25 orang Rasul yang disebut di dalam al-Quran, nama tiga Rasul yang berikut diulang paling kerap. Mereka ialah Nabi Musa, Nabi Ibrahim dan Nabi Nuh. Bilangan nama mereka disebut di dalam al-Quran adalah seperti berikut:
Nabi Musa: 136 kali
Nabi Ibrahim: 69 kali
Nabi Nuh: 43 kali
PADA suatu ketika Nabi Musa berdakwah kepada kaumnya mengenai ajaran Allah. Selesai Baginda berucap, bangkit seorang lelaki lalu bertanya: “Wahai Musa! Siapakah manusia yang paling berilmu?” Dengan pantas Nabi Musa menjawab: “Aku!”
Lelaki itu bertanya lagi: “Adakah manusia yang lebih berilmu daripada kamu?” “Tidak!” jawab Nabi Musa. Tetapi jawapan Nabi Musa segera ditegur Allah bahawa ada lagi seorang hambaNya yang lebih berilmu. Insaf dengan teguran itu, bersama seorang pengikutnya, Nabi Musa bermusafir mencari lelaki salih itu sehingga menemuinya di pertemuan dua lautan. (*jangan cepat merasakan diri paling berilmu; *walaupun seorang nabi (menerima wahyu), tapi Nabi Musa tetap mencari ilmu; *bila menuntut ilmu, biar berteman; *menuntut ilmu ke mana sahaja, walaupun jauh kesempadan lautan).
Apabila bertemu, Nabi Musa meminta izin untuk belajar daripada Nabi Khidir dan sebagai syarat, Nabi Musa dilarang bertanyakan soalan atas setiap perbuatan yang dilakukan Nabi Khidir. Nabi Musa berjanji akan memenuhi syarat itu. (*bila ingin belajar, minta izin dengan guru dulu; *jika ada syarat atau peraturan diberikan, cuba patuhi sebaik mungkin).
Ketika mereka berdua menaiki perahu, Nabi Khaidir merosakkan perahu tersebut hingga tenggelam. Ketika terserempak dengan seorang budak, Nabi Khidir membunuh budak tersebut. Apabila sampai di suatu tempat, mereka meminta makanan daripada penduduk di situ, tetapi tidak dilayan. Di situ, Nabi Khidir terlihat dinding sebuah rumah yang hampir roboh, lantas dia membetulkannya. Pada setiap perbuatan Nabi Khidir itu, Nabi Musa tetap bertanya: Mengapa? Mengapa? Mengapa? (*bila belajar perlu banyak bersabar; *bertanyalah bila tidak faham; soalan terbaik ialah yang bermula dengan ”mengapa”, ini soalan aras tinggi!)
Sekian buat kali ini. Jangan lupa kembali lagi!