Monday, 31 October 2011

Putaran bumi pada paksinya dengan kelajuan tinggi

Dalam "post" yang lalu ada ditunjukkan pengiraan kelajuan bumi dalam orbitnya semasa mengelilingi matahari. Kelajuan tersebut ialah 107,443 km/j. Sebagaimana yang kita sedia maklum, semasa bumi mengorbit matahari, bumi juga berputar pada paksinya. Berapa pula kelajuan bumi berputar pada paksinya. Klik pada "link" di bawah untuk lihat pengiraannya.

Kelajuan bumi berputar

Monday, 24 October 2011

Jantung anda kepenatan

Sejak dalam kandungan ibu lagi, dia telah mula bertugas tanpa henti, hinggalah saat ini. Angka-angka yang berikut menunjukkan beliau kini kepenatan.

Kasihani jantung anda

Uji minda 2

Isikan bulatan dengan nombor 1 hingga 8 (gunakan setiap nombor sekali sahaja), dengan syarat apabila nombor-nombor tersebut ditambah, jumlahnya sama di setiap sisi.

Uji minda 2

uji minda 1

Isikan bulatan dengan nombor 1 hingga 6 dengan syarat apabila nombor-nombor tesebut ditambah, jumlahnya sama di setiap sisi.

Uji minda 1

Sila kira ada berapa segitiga dalam rajah berikut.

Ujian ini hanyalah untuk menguji kecekapan anda dalam membilang.

Kira ada berapa segitiga

Kelajuan bumi mengorbit yang menggerunkan

Sesungguhnya manusia mempunyai kemampuan yang sangat hebat. Satu daripada kehebatan tersebut ialah kemampuannya untuk menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan, walaupun keadaan tersebut sangat berbahaya kepada dirinya. Sebagai contoh, manusia hidup di atas bumi yang sedang bergerak laju, tapi fenomena ini langsung tidak membimbangkannya. Ada dua kemungkinan: pertama, mungkin manusia tidak tahu (baca jahil) yang bumi ini tidak henti-henti beredar mengelilingi matahari dan pada masa yang sama berputar pada paksinya. Yang kedua, mungkin manusia telah biasa dengan keadaan itu, sehinggakan lupa yang beliau sedang baring, tidur, berjalan, bermain, memandu di atas objek yang sedang terlibat dalam dua jenis pusingan itu. Memang manusia itu alpa, lupa dan pelupa... Fahamkan artikel berikut untuk mengetahui kedudukan kita sebenarnya....

Pergerakan bumi yang menggerunkan

Pola menarik sifir 11

Sifir 11 agak mudah. Jika sebarang nombor 1 digit didarab dengan 11, jawapannya nombor tersebut diulang sebanyak 2 kali. Contohnya 11 darab 8 jawapannya ialah 88. Namun, bagaimana pula mendarab 11 dengan nombor 2 digit, misalnya 11 darab 16. Atau lebih menarik lagi bagaimana nombor 3 digit didarab dengan 11. Tentu anda tertanya-tanya cara mendarab nombor yang lebih besar dengan 11. Bagaimana caranya? Adakah cara mudah untuk mendapat jawapannya?

Cara mudah sifir 11

Monday, 17 October 2011

Membuktikan Teorem Pithagoras

Bagaimanakah formula bagi Teorem Pithagoras dibuktikan?

Sila klik pautan berikut untuk melihat satu cara membuktikan Teorem Pithagoras.

Diharapkan anda seronok mempelajarinya.


Membuktikan Teorem Pithagoras: Kaedah 1


Saturday, 15 October 2011

Menggembirakan

Alhamdulillah, akhirnya hari ini (15 Oktober 2011) dapat jugak saya membina blog ini. InsyaAllah blog ini akan diisi dengan pelbagai maklumat yang berguna untuk dikongsi bersama.