Wednesday, 9 November 2011

Nombor atom dan Prinsip keabadian Nombor

Sebelum semakan operasi boleh dibuat menggunakan nombor atom, perlu dijelaskan dahulu apa yang dimaksudkan sebagai nombor atom dan prinsip keabadian nombor.

Setiap nombor (sebesar mana pun nombor tersebut) boleh dipecahkan (diturunkan) kepada nombor satu digit yang dipanggil nombor atom. Bagaimana memecahkan atau menurunkan nombor tersebut? Sila lihat contoh berikut:

Contoh: 
i.                    5 ® 5, maka nombor atom bagi 5 ialah 5  (5 º 5)
ii.                  25 ® 7,   maka nombor atom bagi 25 ialah 7   (25 º 7)
iii.                138 ® 12 ® 3,   maka nombor atom bagi 138 ialah 3  (138 º 3)
iv.                4579 ® 25 ® 7,   maka nombor atom bagi 4579 ialah 7  (4579 º 7)
v.                  214325 ® 17 ® 8,   maka nombor atom bagi 214325 ialah 8 (214325 º 8)

Bagaimana nombor atom tersebut dikira? Caranya, tambahkan sahaja setiap digit yang ada di dalam nombor tersebut, teruskan proses yang sama sehingga anda dapat nombor satu digit yang terakhir. Itulah yang dinamakan nombor atom. Perhatikan bahawa terdapat nombor yang mempunyai nombor atom yang sama. Dalam contoh di atas, nombor 25 dan 4579 mempunyai nombor atom yang sama iaitu 7. Dengan contoh-contoh di atas, diharapkan anda telah menguasai kemahiran mencari nombor atom bagi sebarang nombor.

Satu lagi konsep yang perlu diperkenalkan sebelum semakan operasi menggunakan nombor atom dibincangkan ialah apa yang dinamakan sebagai prinsip keabadian nombor. Dalam bidang fizik, terdapat dua (setakat yang saya tahu) prinsip keabadian. Pertamanya prinsip keabadian momentum (momentum objek sebelum dan selepas perlanggaran tetap sama) dan prinsip keabadian tenaga (tenaga tidak boleh hilang atau dimusnahkan, mungkin bertukar bentuk sahaja, tetapi jumlahnya tetap sama). Alhamdullillah, di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian satu lagi jenis prinsip keabadian iaitu prinsip keabadian nombor (ditemui hanya dalam matematik sahaja).  Untuk makluman, prinsip keabadian nombor adalah jauh lebih mudah konsepnya jika dibandingkan dengan prinsip keabadian momentum dan tenaga seperti yang disebutkan di atas.

Prinsip Keabadian Nombor
Katakan di dalam sebuah kotak terdapat 7 biji guli berwarna biru. Kenapa pilih nombor 7? Allah sebut banyak kali nombor 7 dalam Quran ( sebagai contoh, Allah menciptakan 7 langit (23:17), jahanam mempunyai 7 pintu (15:44), ilmu Allah jika ditulis dengan dakwat sebanyak 7 lautan pun takkan habis (31:27) dan lain-lain ayat lagi).

Berbalik kepada cerita guli biru sebanyak 7 biji yang di dalam kotak tadi. Sekarang anda keluarkan guli tersebut satu per satu. Setelah dikeluarkan, anda simpan guli-guli tersebut di dalam kocek seluar atau kocek baju anda (bagaimana kalau tidak ada kocek?, pandai-pandailah). Setelah semua guli daripada kotak itu habis anda keluarkan, di dalam kocek anda sekarang mesti ada 7 biji guli berwarna biru. Itulah yang dinamakan prinsip keabadian nombor. Konsepnya mudah, tapi penting! Ringkasnya prinsip keabadian nombor menyatakan bahawa jumlah objek sebelum dan selepas operasi tetap sama.

2 comments:

  1. waa.. unik !
    later, i will simply teach my nephew.

    ReplyDelete
  2. ok2..
    sy dh faham trime kaseh cik halim..
    =)

    ReplyDelete