Thursday, 17 November 2011

Nabi Musa Menuntut Ilmu

Di antara 25 orang Rasul yang disebut di dalam al-Quran, nama tiga Rasul yang berikut diulang paling kerap. Mereka ialah Nabi Musa, Nabi Ibrahim dan Nabi Nuh. Bilangan nama mereka disebut di dalam al-Quran adalah seperti berikut:

Nabi Musa: 136 kali
Nabi Ibrahim: 69 kali
Nabi Nuh: 43 kali

Nama Nabi Musa begitu banyak sekali disebut di dalam al-Quran.  Apakah pengajaran yang kita boleh ambil daripada kisah Nabi Musa? Kali ini kita teliti tentang kisah Nabi Musa pergi menuntut ilmu dengan seorang hamba Allah yang soleh dan berilmu (Nabi Khidir). Ini kisah luar biasa: kisah seorang nabi belajar ilmu daripada seorang nabi yang lain. Nabi Khidir adalah seorang daripada hamba Allah yang dianugerahkan ilmu laduni iaitu ilmu yang perolehi terus daripada Allah melalui ilham dan inspirasi, tanpa dipelajari menerusi proses pendidikan biasa. Nabi Khidir terpilih menerima ilmu laduni, baginda memang hebat.

PADA suatu ketika Nabi Musa berdakwah kepada kaumnya mengenai ajaran Allah. Selesai Baginda berucap, bangkit seorang lelaki lalu bertanya: “Wahai Musa! Siapakah manusia yang paling berilmu?” Dengan pantas Nabi Musa menjawab: “Aku!”

Lelaki itu bertanya lagi: “Adakah manusia yang lebih berilmu daripada kamu?” “Tidak!” jawab Nabi Musa. Tetapi jawapan Nabi Musa segera ditegur Allah bahawa ada lagi seorang hambaNya yang lebih berilmu. Insaf dengan teguran itu, bersama seorang pengikutnya, Nabi Musa bermusafir mencari lelaki salih itu sehingga menemuinya di pertemuan dua lautan. (*jangan cepat merasakan diri paling berilmu; *walaupun seorang nabi (menerima wahyu), tapi Nabi Musa tetap mencari ilmu; *bila menuntut ilmu, biar berteman; *menuntut ilmu ke mana sahaja, walaupun jauh kesempadan lautan).

Apabila bertemu, Nabi Musa meminta izin untuk belajar daripada Nabi Khidir dan sebagai syarat, Nabi Musa dilarang bertanyakan soalan atas setiap perbuatan yang dilakukan Nabi Khidir. Nabi Musa berjanji akan memenuhi syarat itu. (*bila ingin belajar, minta izin dengan guru dulu; *jika ada syarat atau peraturan diberikan, cuba patuhi sebaik mungkin).

Ketika mereka berdua menaiki perahu, Nabi Khaidir merosakkan perahu tersebut  hingga tenggelam. Ketika terserempak dengan seorang budak, Nabi Khidir membunuh budak tersebut. Apabila sampai di suatu tempat, mereka meminta makanan daripada penduduk di situ, tetapi tidak dilayan. Di situ, Nabi Khidir terlihat dinding sebuah rumah yang hampir roboh, lantas dia membetulkannya. Pada setiap perbuatan Nabi Khidir itu, Nabi Musa tetap bertanya: Mengapa? Mengapa? Mengapa? (*bila belajar perlu banyak bersabar; *bertanyalah bila tidak faham; soalan terbaik ialah yang bermula dengan ”mengapa”, ini soalan aras tinggi!)

Sekian buat kali ini. Jangan lupa kembali lagi!

2 comments:

  1. Assalamualaikum...
    alhamdulillah,pengisian yang baik.boleh ambil pengajaran drpanya...
    benar kata admin.,tuntut ilmu kena banyak bersabar.belajar itu susah,sebab tu kita kena bersabar.moga kita memperoleh kebaikan di sebalik bersabar...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cik halim..
    nape x de post yg baru??

    ReplyDelete